Friday, January 7, 2011

Pesanan buat puteriku

Buah hati ibu dan ayah yang sentiasa kami sayang......

Jadilah puteri idaman ibu dan ayah
Yang lemah lembut, sopan santun....
Yang mempunyai kekuatan dalam menegakkan agama Allah...
Dan yang sentiasa beriman dan bertawakal kepada Nya....

Puteri ibu.....

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini,
Penuh dengan cabaran dan dugaan,
Kadang-kadang boleh menyebabkan kita berputus asa,
Juga boleh menyebabkan kita semakin jauh dari Nya....

Puteri ibu....

Berkembanglah dikau seperti bunga yang harum mewangi,
Yang cantik dan indah di pandang,
Di dunia juga di akhirat....
Tetapi sayang, bukan sahaja luaran yang harus cantik,
Tetapi yang paling penting adalah cantik dalaman..

Hatimu, tutur bicaramu, tingkah lakumu, dan budi pekertimu.....
Jagalah ia.... jangan sampai rosak binasa....
Ingatlah sayang,
Sebagai wanita, jagalah kehormatan dirimu...
Jagalah hatimu agar sentiasa takut kepada Nya....
Jangan sekali-kali menyerah dirimu kepada bukan yang berhak...
Dikau adalah kekuatan kepada suami dan anak-anakmu kelak.

Puterku yang ibu sayangi......

Jadikan setiap dugaan di dunia ini sebagai pendidik dirimu,
Jangan terlalu mengikut kata hati,
Jangan terlalu beremosi,
Berfikir dan bertindaklah dengan waras,
Juga sentiasalah memohon kepadaNya,
Insya Allah.... dirimu tidak akan di sia-siakan...

Dikaulah bakal menjadi isteri dan ibu....
Pastikan dirimu adalah isteri yang solehan buat suamimu,,,
Pastikan dirimu adalah ibu yang solehan buat anak-anakmu....
Dan pastikan dirimu sentiasa menjaga hak-hak mu....

Ingatlah sayang.....

Jika syurga yang ingin kau cari,
Taatlah kepada Nya dan taatlah juga kepada suamimu,
Jika neraka yang kau ingin,
Buatlah apa yang kau suka....
Pilihan di tangan mu....
Buatlah pilihan yang tepat.....

Ibu sentiasa menyayangimu.... begitu juga ayah....
Doa kami sentiasa mengiringi kehidupanmu....

1 comment: